Monday, December 6, 2010

. : Secebis Memori Ingin Dikongsi : Interogasi 3 Minit : .




Suatu malam di asrama banin [lelaki]. 3 orang sahabat daripada batch g4 berbual mengenai interrogation [ soal siasat ] yang telah berlalu semalaman. Farid bersuara,

"Aku betul² tak puas hati ar pasal semalam.. budak tu tak nak ngaku gak curi.."

Musa dan Ubadah mengangguk setuju.

"Tu la pasal, kat bilik whiteboard punya la berejam ramai² kat sana nak suruh dia mengaku curi, Mahfuz habis lembut dah suruh ngaku, tak nak jugak dia ngaku tuh.. isy", ketidakpuas hatian mula terbit daripada Musa.

Bilik whiteboard yang sebenarnya adalah kelas bagi pelajar generasi ke-4 sekolah, yang terletak di bahagian hadapan masjid sekolah. Juga istilah yang digunakan mereka untuk operasi² tarik budak atau soal siasat ke atas pelajar² yang disyaki terlibat dengan perbuatan² yang menyalahi syariah islam, kekurangan ajar, ataupun undang² sekolah dalam kategori berat. Ianya menyamai istilah 'hot chair'.

"sengal gila camni, aku tau memang dia yang curi, tapi bapak susah nak mengaku, camna nak buat eh?", Ubadah memotong.

"Weh.. aku dah tak bleh sabar dah ni Badah, Musa. Tarik budak tu malam ni jugak, pukul 12 jom? Pergi bilik whiteboard",Farid mengusul cadangan.

"Kau biar betul Farid? Nak tarik lagi malam ni, semalam baru jer tarik budak tu kat sana", Musa inginkan kepastian sambil tersenyum terkejut.

"Aku betul la ni. serius.. Badah kau pegi tarik budak tu pergi bilik whiteboard, aku dengan Musa tunggu kat sana"

"Agak² la wei.. kau ni memang betul² nak suruh aku pergi tarik budak tu malam ni jugak? Kita buat nanti ar, ok sikit, lagipun baru semalam jer buat kan?", Ubadah agak keberatan.

"Lek ar, aku memang tak puas hati gila nih, aku nak setelkan malam ni jugak kalau boleh. Selamba je ar Badah, kau tarik jer budak tu bawak pegi bilik whiteboard, yang lain kitorang setelkan, ok?", Farid menjelaskan.

"Kalau kau ok, aku dengan Farid tunggu kat sana jer, ok?", Musa menambah.

"Ok la, aku gerak pukul 12 ni tarik budak tu, korang dua tunggu kat sana", Ubadah bersetuju untuk menyelesaikan masalah itu bersama Farid dan Musa pada malam itu juga.

Sementara menunggu pukul 12 malam, mereka bertiga berbual² sambil merancang rentak seterusnya pada malam itu.

Jam 12 malam, Ubadah masuk ke salah sebuah bilik junior tingkatan 1 untuk menarik budak yang disyaki mencuri ke bilik whiteboard. Kelihatan budak itu berselubung dengan selimut di atas katilnya, begitu juga denga pelajar tingkatan satu yang lain, semuanya tidak sedarkan diri. Dia mula berbicara sambil mengerak-gerakkan bahu budak tersebut,

"Wei, bangun sekarang. Ada hal sikit nak setel ni"

Budak itu tidak mempamerkan apa² reaksi. Semakin kuat pula bahu digoncang.

"Bangun cepat la weh, ada benda sikit nak setel dengan kau, dah habis kau boleh sambung tidur"

Budak itu tersedar dan cuba untuk tidak mengendahkan Ubadah.

"Ni tak leh jadi nih", Ubadah sedikit berang dengan keliatan junior tersebut untuk bangun. Lalu ditariknya tangan budak itu supaya mudah diturunkan dari katil. Budak itu akur dan turun. Ubadah membawanya keluar dari bilik asrama menuju ke bilik whiteboard, di mana Farid dan Musa menanti. Junior itu menuruti langkahnya dengan penuh debaran.
.
Pintu bilik whiteboard dikuak. Angin sejuk yang dihasilkan pendingin hawa nyaman menerpa. Senyap sunyi suasananya, yang kedengaran hanyalah bunyi kipas air-cond. Musa dan Farid kelihatan duduk di bangku kelas. Kedua-duanya senyap membisu dengan roman wajah yang tegang.

"Korang, camna sekarang?", soalan Ubadah sedikit bergema memecah sunyi.

Farid bangun dari kerusi kelas, dicapainya sebuah kerusi kayu lalu diparkirkannya di hadapan papan putih.

"Kau duduk sini sekarang", nadanya perlahan berbaur ketegasan. Dia mengisyaratkan gerakan kepala ke arah kerusi itu tanpa melepaskan pandangannya ke atas budak junior tersebut.

Junior itu berjalan lambat2, lalu duduk sambil pandangannya menjurus ke lantai. Dua belah tangannya berpaut erat. Farid kembali ke tempat duduknya. Musa, Farid dan Ubadah berpandangan sesama sendiri sedetik.

"Tau tak apasal kau kena panggil ni?", Musa memulai. Ubadah mencari tempat duduknya.

Junior itu tunduk membisu. Mukanya pucat lesi. Tiada sebarang jawapan.

"Wei.. jawab ar, orang tanya tuh", Ubadah bereaksi.

Hanya gelengan bisu yang terpamit daripada budak itu.

"Ok la, senang cerita, kau mengaku yang kau ada ambil duit kelas kau dengan kitorang, ataupun duit siapa² yang kau ada ambil, berapa banyak berapa banyak. Nanti kitorang bagitau idarah maahad [ pejabat sekolah ] supaya ringankan hukuman kau. Cepat mengaku, cepat habis, cepat tidur. Kitorang tau kau tengah ngantuk gila sekarang nih..", Farid melakar ringkas tujuan budak itu dipanggil.

Dia senyap lagi tanpa sebarang klu, wajahnya tunduk. Mereka bertiga mendengus tidak berpuas hati.

Farid dan Musa bangun, ke hadapan budak itu.

"Ada budak kelas kau yang beritahu kat kitorang, semenjak dua ni, kau belanja duit macam air. Beli tu beli ni, macam² la. Padahal diorang beritahu yang duit belanja kau takde la banyak sangat, cukup² jer. Boleh kau beritahu kitorang dari mana kau dapat duit tu?!", Farid menggertak, dua tangannya mencekak pinggang.

"Aku dapat err.. aku.."

"Kau dapat dengan songlap duit kelas la kan?, Sebab tu rileks je belanja banyak2.. ", Musa menyindir pedas dengan fakta.

"Jimi ada beritahu kitorang, malam duit kelas kau hilang, dia nampak kau orang yang terakhir keluar dari kelas. Dia check tabung kelas, dah kena kopak, duit² besar dalam tu lesap, yang tinggal kecik² jer, apa cerita sekarang?", Ubadah memerangkap lagi, tangannya memutar² berus gigi, mencari fokus.

Kesekian kalinya, budak itu masih sukar untuk mengaku dengan perbuatannya. Dia masih cuba untuk berdalih.

"Kau ni.. memang susah la nak mengaku!", BAMM!, kuat Farid melepaskan tumbukan padu ke arah papan putih, sebagai alternatif interogasi. Sipi² melalui kepala budak itu. Budak itu menggeletar tersentak. Memang sesuatu yang padah jika terkena tumbukan Farid, fikirnya.

"Aku tak.. aku tak curi la.. duit, duit tu..", budak itu cuba membela dirinya. Terketar-ketar dia menyatakan.

"Habis, kau explain sikit apa yang kitorang beritahu tadi, macamana kau boleh belanja gila² sedangkan duit kau cukup² jer? Macamana kau boleh jadi orang yang terakhir keluar dari kelas kau, dalam masa yang sama tabung kelas dah terkopak, hilang duit² dalam tu? kau cerita sikit?!, kitorang memang ada saksi!", nada Farid meninggi.

Kelihatan budak itu mati akal dengan pernyataan Farid. Dia nampak bingung. Mulutnya bergerak² sedikit tanpa mengeluarkan desiran suara.

"Apa kau nak cakap hah?!, nak menipu lagi?, budak nii!",Musa kebaranan. Satu kerusi kayu berdekatan dicapai. Lalu sekuat hati, DUMM!, hayunan sulung kakinya hinggap di kerusi membingit suasana, menambah adrenalin budak itu, sekaligus peluh dingin bertambah percikannya, menghidupkan suasana sebenar bilik whiteboard.

Budak itu semakin tunduk, terdengar halus esakan suara. Dia mula menangis, perlahan² dia membuka mulut,

"Sse.. sebenarnya memang aku yang curi.. memang betul apa yang korang cakapkan tadi.."

Farid, Musa dan Ubadah menumpu perhatian.

"Tapi aku curi bersebab.."

"Cakap banyak pulak kau ni, nak bela diri lagi?", Ubadah rasa menyinga dengan pernyataan curi bersebab. Baginya, pelajar yang mencuri sebabnya hanya untuk berjoli sahaja, tidak lebih daripada itu.

"Betul ni, aku tak tipu.. aku curi bersebab.."

"Apasal?", Musa dan Farid serentak bersuara.

"Apa sebab kau curi?", Farid menyoal lagi.

Budak junior itu lalu menceritakan mengapa ia mencuri. Sebab utama dia mencuri, kerana tidak cukup duit belanja. Ibu bapanya hanya memberi sekitar RM20 sahaja untuk perbelanjaan selama sebulan atau lebih. Jika mak dan ayahnya datang berziarah pun hanya RM5 ringgit dihulurkan, tidak lebih daripada itu. Kerana malu untuk meminjam daripada rakan², kerana hutang bertimbun, dia memilih untuk mencuri, memilih untuk menangguk yang haram daripada kawan2nya.

Sesi bilik whiteboard berakhir, budak itu dibenarkan pulang setelah mengaku perbuatan salahnya. Namun kesalahan tetap kesalahan. Dia akan tetap dihukum oleh pihak berwajib walaupun sebabnya agak munasabah dengan perbuatannya [tidak menyokong. pendapat berdasarkan keadaan]. Dia telah menzalimi dirinya dan orang lain. Balasan yang menanti setimpal dengan kezaliman yang dilakukan.

"Korang camna dengan performance aku tadi? Ok tak? hehe..", Farid tersengih meminta pendapat Musa dan Ubadah. Mereka menanti seketika di bilik whiteboard setelah selesai.

"Gila mantap kau gertak tadi, aku sepak kerusi pun sebab kau jugak haha.. hm.. berapa minit kita buat tadi Badah?", Musa menahan ketawanya.

"Tadi? hm.. tak silap aku dalam tiga minit kot.. kalau lebih pun sikit jer. Pergh korang dua.. aku tabik ar, laju gila buat kerja. Sekali kat whiteboard sekali kat kerusi.. terus mengaku tuh hahaaha",

"Tak boleh blah la Farid, time kau hentak whiteboard tu, aku ingat kau betul² serius, siap dengan muka lagi haha", Ubadah geli hati dengan peristiwa tadi. Gelak tawa mereka bertiga berderai lagi. Postmortem sesi bilik whiteboard malam itu sangat memberangsangkan.

"hahaha.. semalam sampai 2 jam, tak mengaku budak tu, tadi kita buat dalam 3 minit jer terus mengaku.. confirm! memang rekod terbaik pernah tercatat kat AlManar la", Farid membanding prestasi.

"haha.. weh korang, dah la tu. Pecah perut jugak kita kat sini nanti, jom gerak balik ar",Musa mengajak.

Selesai menutup lampu dan pendingin hawa, mereka bergerak balik ke asrama. Musa kelihatan sedikit terhincut gerak langkahnya.

"Apasal kau ni? macam tak betul jer nampak?", Farid berkuriositi.

"Pasal tadi la ni, hehe", Musa tersengih.

Pecah dan berderai lagi ketawa daripada Ubadah dan Farid mendengar pengakuan Musa.

"Pergh.. lawak gila. Aku ingat kau takde apa² tadi, ingatkan aku sorang jer yang pedih tangan penangan whiteboard. Kau pun ada penangan kerusi jugak? sampai terhincut jalan hahaha",Farid tak tertahan melihat Musa.

"Tengok muka time sepak kerusi kayu tu baik nyer, cool lagi, macam tak ada apa². Alih² bila balik terhincut pulak", Ubadah juga begitu.

"Haha, bukannya apa.. aku ingatkan ok jer sepak kerusi, nak suruh mengaku punya pasal, aku test la sepak, sebab Farid dah open dulu kat whiteboard.. serius korang, sakit gila ni..", Musa mengangkat kaki kanannya yang sakit itu. Kelihatan ada kesan lebam bahagian atas tulang metasarsalnya.

"Hmm.. tak lama lagi ok la tu. Yang penting kerja kita dah beres malam ni. Lebam² kaki kau pun ada jasa jugak tu hehe.. kalau kau tak sepak kerusi tu entah² budak tu payah lagi nak mengaku.. ", Farid mengulas tentang keadaan kaki Musa.

"betul tu Farid, apa² hal pun kita dah relaks la sikit, sebab dia dah mengaku, yang lain serah kat maahad je. Biar idarah yang hukum dia. Esok jugak kita akan bagitau batch kita, dah selesai tentang ni", Ubadah meyimpulkan.

Mereka berlalu ke asrama. Malam itu semuanya tidur kepenatan, hasil interogasi selama 3 minit. Kesyukuran terpanjat ke hadrat ilahi. Kekusutan kes mencuri lerai bersama nyenyak tidur mereka di alam mimpi..


..........


Ma yustafaad minal qissoh [pengajaran cerita]: Pada ana, semangat amar makruf nahi mungkar peringkat sekolah hehe.. apa pendapat antum?


p/s : imbauan ringkas ini berdasarkan kisah benar yang berlaku di Maahad alQuran dan Bahasa Arab alManar dalam kalangan Fourth Generation. Kemaafan, andai ada satu dua fakta kata² yang kurang tepat.. Juga kekurangan satu fakta. kaki kerusi kayu yang menjadi mangsa juga patah (",)..











Thursday, December 2, 2010

Walimah Amer

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Alhamdulillah. Seorang member G4, iaitu Amer Hudhaifah bin Hamzah telah menamatkan zaman bujangnya dgn isteri pilihan hatinya, Taibah Rafidah binti Mohamed pd tanggal 6 Ogos 2010...


Majlis akad nikah telah berlangsung pd pukul 3 petang bertempat di Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung), Kuala Terengganu.

Kenduri sebelah pengantin perempuan berlangsung sejurus majlis akad nikah.

Manakala kenduri sebelah pengantin lelaki pula berlangsung pd 12 September 2010 bersamaan dgn 3 Syawal 1431 H di kediamannya.


Kami semua mengucapkan...

Selamat Pengantin Baru
semoga berbahagia hingga ke syurga.

بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير

dan kami juga doakan...


Ya Allah Ya Tuhan kami,
satukanlah hati kedua pasangan mempelai ini
seperti Engkau satukan Nabi Adam & Hawa
dan seperti Engkau satukan Nabi Muhammad S.A.W & Siti Khadijah.
Ya Allah,
kurniakanlah kepada pasangan ini kebahagiaan & keberkatan
hingga ke akhir hayat
serta kurniakanlah kepada mereka zuriat yang sempurna,
beriman & beramal soleh.
Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
Amin Ya Rabbal Alamin.



Wednesday, November 24, 2010

G4 studying information

Updated G4 information...

Calling for G4 to be admin for this blog



M081 : Abdul Hakam Al-Umari bin Abdullah Tahmin
Place of Study : Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir
Course : Ulum Islami

M082 : Abdur Rahman bin Zuleffendi
Place of Study : Universiti Al-Iman, Yaman
Course : Pengajian Islam

M083 : Ahmad Saufwan bin Sazali
Place of Study : International Islamic University Malaysia
Course : Bachelor of Electronics - Computer and Information Engineering

M084 : Amer Hudhaifah bin Hamzah
Place of Study : Universiti Al-Bayt, Jordan
Course : Bahasa Arab

M085 : Buraidah Al-Aslami bin Rushdan
Place of Study : Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir
Course : Ulum Islami

M086 : Luqman bin Zaharuddin
Place of Study : Universiti Al-Azhar, Mansurah, Mesir
Course : Usuluddin

M087 : Mohammad Farid bin Onn
Place of Study : Universiti Islam Madinah, Madinah Al-Munawwarah
Course : Hadith

M088 : Mohamad Ubadah bin Mohamad Lokman
Place of Study : Universiti Al-Iman, Yaman
Course : Pengajian Islam

M090 : Musa bin Abdul Wahab Ishari
Place of Study : Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Malaysia
Course : Syariah Muamalat

M093 : Umar bin Zulkifli
Place of Study : International Islamic University Malaysia
Course : Economics

M094 : Usamah Zaid bin Abdul Rahim
Place of Study : Universiti Al-Azhar, Tanta, Mesir
Course : Syariah Islamiah

M095 : Muhammad Hilmi bin Mustapha
Place of Study : Universiti Islam Madinah, Madinah Al-Munawwarah
Course : Syariah

Click to view: Boxed Version
*sila betulkan yang salah... syukran

Friday, July 9, 2010

UPDATE

xde ke org nk update blog Al-manar nie???