Friday, February 25, 2011

Giliran Musa Pula

بسم الله الرحمن الرحيم

"Amer borek, Musa rintik"... Mgkn pepatah inilah yg plg sesuai dgunakn utk post kali ni.


Alhamdulillah, seorang lg member G4 iaitu Musa bin Abdul Wahab Ishari tlhpn bergelar "Raja Sehari" dgn permaisuri hatinya, Afiqah binti Roslan.


Acara akad nikah tlh berlangsung pd hari Jumaat 4/2/2011 bersamaan dgn 1 Rabiul Awal 1432 H pd pkl 5 ptg brtempat di rumah pengantin perempuan yg trletak di Taman Setia, Gombak.

Keesokan harinya pula (Sabtu, 5/2/2011), berlangsung pula majlis kenduri bg pihak pengantin perempuan. Kenduri ini tlh diadakn di dewan Masjid Salahuddin, Taman Melati pd pkl 12 tengahari sehingga pkl 4 ptg.


Bagaimana pula dgn kenduri sebelah pengantin lelaki??... Utk makluman semua, kenduri pihak pengantin lelaki belum diadakn lg. Klu antum nk tau bila kendurinya, kenalah tanya sendiri tuan empunya badan. Wallahu a'lam...

Selamat Pengantin Baru

بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير

Semoga Berbahagia & Berkekalan Hingga Ke Syurga

Saturday, February 12, 2011

Manarianz di Ardu Kinanah

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum W.B.T... Alhamdulillah... dgn izin ALLAH S.W.T, dapat juga ana menjejakkn kaki di bumi kelahiran Nabi Musa A.S. stlh sekian lama mengimpikannya...

Pd tanggal 25/1/2011, maka brmulalah kembara ana ke bumi Mesir bersama sahabat2 ana dr Madinah.


Setibanya ana di lapangan terbang Kaherah, ana tlh dijemput oleh Labib, Usamah, Buraidah, Muhammad Hamdan & seorg lg tp ana dh lupa nama beliau, sorry....

Slps itu, mereka trs bawa ana ke restoran Hadramaut utk makan malam. Syukran krn belanja makan...



Selesai makan, kami trs ke rumah Amanah Raya Berhad (ARB) utk brmalam di sana. Kt ARB, barulah dpt brjumpa dgn Abd. Hakam. Dia x ikut ke airport sbb esoknya dia ada exam... (alasan je kot... hehe)




Keesokan harinya, ana ditemani Usamah pergi ke Hayyu Sabi'. Di sana kami brtemu dgn Husna (adik) & Raja Hanif di rumah Selangor.


Slps itu barulah kami pergi bersiar2 di sekitar Hayyu Sabi' & City Star (shopping complex)...




Esoknya pula, ana, Hakam & Usamah pergi melawat Qal'ah Solahuddin Al-Ayyubi & muzium2 yg ada dlm qal'ah 2...





Dh abes pusing, kami trs ke Universiti Al-Azhar & sekitarnya trmasuklah masjid Al-azhar...




Slps 2, kami ke Husin & Atabah. Di sana kami melawat masjid Husin & maqamnya serta membeli ape yg patut. Mcm2 barang yg ada & harganya pn blh tahan la...




Malam 2 plk, ana, Hakam, Usamah, Labib & Muhammad Hamdam bermain futsal dgn pljr2 ARB selama 2 jam. Sblm Kami brmain futsal, kami sempat brjumpa dgn Ikram di Hayyu 'Asyir...


Keesokan harinya pula (Jumaat, 28/1/2011), slps solat Jumaat, maka brmulalah demonstrasi utk menjatuhkn Husni Mubarak scr besar-besaran. Maka, trpaksalah kami brkurung dlm rumah saja selama satu hari...

Hari Sabtu pula, ana & Usamah cuba memberanikn diri utk keluar dr Kaherah ke Tanta. Pg2 lg kami keluar rumah & trs menaiki tremco ke Tanta. Tanta ni sbnrnyer tmpt tggl Usamah sbb 2 la dia beria2 sgt nk ke sana.


Prjalanan memakan masa selama 2 jam. Kt Tanta, ana dpt brjumpa dgn Shihab. Rupa2nya Usamah ni 1 rumah dgn Shihab. Kebetulan pula pd malam 2, pljr2 Mlysia di Tanta ada wat majlis makan2, bakar sate & bbq. Ana pn join sekali la. Kt Tanta, x byk tmpt yg blh kami pergi tp blh la jalan2 kt bandar sambil tgk kereta kebal...



Selang 2 hari, barulah dpt peluang utk brjumpa dgn Muhammad Abdullah Tahmin. Dia ni sibuk je memanjang. Mesyuarat sana... mesyuarat sini... maklum lah, org besar la katekn...


Esoknya pula, ana, Usamah, Shihab & sahabat2 Tanta yg lain pergi ke Mansurah dgn teksi yg dinamakn sbg 'peugeot' sbb sume teksi kt situ jenama peugeot...

Stlh 1 jam prjalanan, maka smpailah kami di Mansurah. Kami pn trs melangkah kaki ke rumah Luqman...


Kami membuat keputusan utk makan tengahari di Ridz Cafe (sebuah restoran melayu). Di sana kami tlh brjumpa dgn Ibrahim Zuleffendi...


Pd malam itu, kami pn brpisah. Ana brmalam di rumah sepupu ana & yg lain brmalam di rumah Luqman...


Di Mansurah, ana hanya brjalan2 dgn sepupu ana serta sahabat2 dr Universiti Mansurah yg mengambil bidang perubatan. Di sana, ana dibawa jalan2 sekitar bandar Mansurah & Universiti Mansurah...




Selang 2 hari, ana mendapat makluman bhw YDP Persatuan Pelajar Madinah memanggil ana pulang ke Madinah dgn segera takut2 urusan utk keluar dr Mesir akn brtambah rumit ekoran keadaan Mesir yg semakin membimbangkn...

Jd, ana mengambil keputusan utk segera ke Kaherah pd keesokan harinya. Kebetulan pula, Usamah, Shihab & sahabat2 dr Tanta juga ingin ke Kaherah krn ketika itu operasi utk mengeluarkn pljr2 Mlysia dr Mesir yg ditaja sepenuhnya oleh kerajaan Mlysia tlh brmula...


Di lapangan trbg Kaherah, kami brjumpa dgn Amir Hamzah & Qutaibah. Di sana juga, kami trpaksa brmalam di lapangan trbg utk menunggu giliran sblm dibawa keluar dr Mesir. Disebabkn trlalu lama menunggu, Usamah, Shihab & sahabat2 mereka yg lain mengambil keputusan utk membeli tiket dgn duit sendiri...



Keesokan harinya, masa yg ditunggu tlhpn tiba. Tibalah giliran kami pula utk menaiki kpl trbg sekali gus meninggalkn bumi Mesir. Kebetulan pula, ana, Labib, Qutaibah, Hakam & Muhammad Hamdan menaiki kpl trbg yg sama.



Setibanya kami di Jeddah, kami trs dibawa ke Madinatul Hujjaj (komplek tabung haji) utk brmalam di situ sblm menunggu giliran skl lg utk dibawa pulang ke Mlysia. Tp ana x la ikut diorg smpai ke Mlysia, stkt tumpang ke Jeddah je...


Di Madinatul Hujjaj ini, kami brkesempatan utk brjumpa & brkumpul bersama. Di sana juga, kami brjumpa dgn Firdaus, Zulhilmi & Ali Hashimi. X dilupakn juga, manarianz yg sdg menuntut di Madinah iaitu Udzair, Hanif & Farid (dtg lmbt cket) trt brkunjung ke Jeddah...


Stlh 5 hari 4 mlm ana brkampung kt Madinatul Hujjaj, maka tibalah masanya utk ana kembali ke Madinah brsama senior2 yg lain. Trpaksalah utk ana brpisah dgn manarianz pd pagi itu. Alhamdulillah... ana tiba di Madinah pd ptg Rabu, 9/2/2011...


-: TAMAT :-

Wednesday, January 5, 2011

. : Secebis Memori Ingin Dikongsi : Fly Without Wings : .






Suatu ketika di sekolah menengah, di dalam kelas 
sanah khomisah, pada musim Fifa World Cup, datang seorang pelajar kepada kawannya.


Amer : “ weh Badah, malam ni ada match la”

Ubadah : “oo, siapa lawan?”


Amer : “Argentina lawan Germany, mesti best giler match malam ni, team aku lak tu”


Ubadah : “Bukan team ko sorang jer Amer, Argentina team aku jugak. Habis tu nak wat         camner?, bukan kita boleh tengok pun malam ni. Ko tau je lah tv sekolah, aerial season habis, confirm gambar tak clear, buat sakit mata jer tengok.”


Amer : “Camni, aku ada plan.. kita fly kedai astro”

Ubadah : “Ko nak 
fly?, ish., bahaya la. Kalau kantoi ko tau je la apa yang kita dapat, tak pasal² berbirat bawah pinggang nanti”

Amer : “Itu kalau kantoi, kalau tak ok jer kan?, aku rasa ok jer kot. Ala, bukan selalu pun kita 
fly. Kalau boleh memang aku tak nak terlepas match kali ni, sebab Germany boleh tahan jugak dia punya kuat”

Ubadah : “hmm..”


Amer : “Ala.. selamba jer, kita gerak sekali ok?, bukan selalu pun tengok 
match team kita, lagipun hari ni cuti kan?”

Ubadah : “Kalau camtu, ok la, aku 
follow, pukul berapa plan?”

Amer : “Ikut plan aku, lepas isya’ kita pergi belakang asrama, gerak guna basikal”

Ubadah : “Lepas isya’ terus? Tak boleh lambat sikit? Sebab budak² lalu-lalang lagi 
time tu kat luar asrama, risiko nak kantoi pun tinggi. Camna kalau kita kita gerak lambat sikit, dalam setengah jam lepas isya’, mungkin dalam pukul 9.15, ok?”

Amer : “Tapi 
match dah start sebelum isya’..”

Ubadah : “Isy.. ok la tu, daripada berisiko untuk kantoi, baik pergi lambat sikit, yang penting dapat tengok match..”


Amer : “Hmm.. kalau camtu ok la, kita gerak pukul 9.15”


Selepas menunaikan solat isya’, mereka berkumpul di belakang asrama, mencapai basikal masing² dan bergerak meredah jalan kampung, di mana kiri kanannya kebun getah dan belukar, gelap pekat malamnya tanpa cahaya bulan, sejuk yang menggigilkan tubuh, berbekalkan jaket dan lampu suluh, menuju ke kedai astro, dengan harapan menyaksikan team mereka, Argentina menang melawan Germany.

Dalam perjalanan pulang, selepas menyaksikan match tersebut. Amer mengeluh,

“Pergh, tension giler.. camna la team kita boleh kalah.. penalti pulak tu..”


Ubadah : “Betul tu, dah elok² seri 1-1, tetiba pulak kalah time penalti, ni mesti sebab salah coach dia, ada ke patut keluarkan player J.R. Riquelmé tengah match, macam confident jer nak menang, tak kan tak tau yang dia tu playmaker Argentina,.. aduss, apa la punya coach, bagus betul dia punya decision .. sia² aku fly..”


Diskusi mereka tentang kesimpulan perlawanan penuh dengan emosi, lantaran kekalahan pasukan yang diminati.


Beberapa hari selepas itu, Amer Hudhaifah datang kepada Ubadah.


“Badah, aku ada berita ‘best’ untuk ko, untuk kita..”


Ubadah : “Berita ‘best’?, apa yang bestnye berita tu?”


Amer : “Ingat tak hari tu kita ada fly pergi tengok match kat kedai astro kan?”


Ubadah : “Ye la, memang ingat, memang aku tak lupa Argentina kalah, tapi kenapa?”


Amer : “Sebenarnya kita dah kantoi.. kantoi fly.. kebetulan waktu on the way balik sekolah, ada pengawas yang nampak kita..”


“Alamak… “, perkataan itu terpacul dari mulut Ubadah sambil menunjukkan reaksi kecuakan..
. . . . . . . . . .


Sewaktu ijtima’ mingguan sekolah berakhir, Us. Toufiq Bedj Bedj al-Jaza-iri mengumumkan,

“Sebelum menutup majlis, saya ingin berjumpa dengan pelajar berikut selepas ijtima’, iaitu Amer Hudhaifah dan Ubadah. Kita tutup majlis dengan tasbih kaffarah dan surah al-‘Asr..”

Lalu mereka berdua berjumpa dengan Us. Toufiq seusai ijtima’. Us. Toufiq berkata,

“Ana hairan dengan antuma berdua, sanggup bermujahadah tengah² malam, dengan gelapnya, dengan sejuknya, semata² untuk tengok perlawanan bolasepak..”

Mereka berpandangan sesama sendiri sambil tersenyum kelat, ustaz menyambung lagi,

“Sudah bagus semangat kamu berdua di dalam bermujahadah, tapi kesilapan kamu berdua ialah tidak meletakkan mujahadah itu pada tempat yang sewajarnya, serta ber
ittifaq dalam perkara yang tidak sepatutnya kamu berittifaq, iaitu dalam melanggar peraturan sekolah. Jadi, kamu berdua akan dikenakan hukuman sebagai peringatan..”

Mereka berdebar menanti hukuman yang bakal menanti, sakitnya bukan kepalang, kerana menjadi kebiasaan di dalam pelaksanaan hukuman kepada pelajar, bahagian yang disebat ialah bahagian punggung.

“ Namun, oleh sebab sekarang ini musim 
world cup, dan ustaz faham kamu semua, memang minat sangat dengan match bola, maka sedikit keringanan akan diberikan dalam hukuman. Hulurkan kaki kamu berdua..”, tutur ustaz sambil tersenyum.

“Fuhh, lega.. nasib baik tak kena sebat kat punggung..”, monolog mereka berdua sambil menghulurkan kaki.

Zapp ! Zapp!, Zapp! Zapp!, setiap orang mendapat 2 sebatan di tapak kaki, walaupun diringankan hukuman, perit libasan tetap terasa.

“Aduii, boleh tahan jugak sakit.. nasib baik kaki… kalau punggung, huuu.. tak tahu la nak cakap..mesti pedih tahap dahsyat..”, rungut Ubadah.

“Betul tu, alhamdulillah ustaz ringankan hukuman hari ni.. nasib baik kita..kalau kantoi lain kali mesti kena kat punggung punya..taubat tak buat lagi..”, sambung Amer Hudhaifah sambil berlalu dari situ bersama Ubadah.

–tamat-


[ Imbauan ringkas yang berlaku pada tahun 2006. Juga masih segar dalam benak peristiwa malam final, yang menjadi salah satu sejarah terbesar g4.. (",)..]


sanah khomisah - tahun lima
match - perlawanan bola sepak
Fly - istilah yang diguna pakai untuk keluar tanpa izin dari sekolah
kedai astro - kedai makan yang menayangkan match bola
coach - jurulatih
playmaker - perancang permainan
ijtima' - perhimpunan pelajar
ittifaq - bersefahaman


Sedikit yang boleh dikongsi~

-Ramai orang sanggup melakukan apa sahaja kerana ukhuwwah mereka.. sama ada baik atau buruk, bergantung kepada dasar ukhuwwah itu sendiri.. atas sebab apa ia terbina..

-Bagaimana seseorang itu berpegang pada agama islamnya? Lihatlah pada temannya.. mafhum hadis baginda Rasulullah s.a.w mengatakan,

“Seseorang di dalam agama (pegangan terhadap islam) itu bergantung kepada temannya, maka lihatlah siapa yang menjadi temannya” [ Himpunan 40 Hadis Imam Nawawi ]

Bersefahaman dalam perkara yang tidak baik? Menghindarkannya adalah lebih baik.. maksud firman Allah s.w.t :

“Wahai orang2 yang beriman! Apabila kamu mengadakan perbicaraan rahsia, janganlah kamu membicarakan perbuatan dosa, permusuhan dan durhaka kepada Rasul. Tetapi bicarakanlah tentang perbuatan kebajikan dan takwa. Dan bertakwalah kepada Allah yang kepada-Nya kamu akan dikumpulkan kembali” [al-Mujadilah 58 : 9]

-Bermujahadah dalam melawan nafsu dan melakukan amal soleh, bukan mujahadah mengikut nafsu dan mengurangkan amal soleh..

- Tinggalkanlah perkara yang sia2, sibukkan diri dengan perkara yang berguna, itulah yang terbaik bagi seseorang muslim.. daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah bersabda,

“Di antara (tanda) kebaikan keislaman seseorang adalah ia meninggalkan perkara yang tak berguna(sia-sia) baginya” [ Himpunan 40 Hadis Imam Nawawi ]

Lakukanlah apa sahaja yang ingin kita lakukan, buatlah apa sahaja yang ingin kita buat, tapi INGAT, setiap perbuatan ada ganjarannya, ada balasannya..


wallahu a'lam..