Wednesday, January 5, 2011

. : Secebis Memori Ingin Dikongsi : Fly Without Wings : .






Suatu ketika di sekolah menengah, di dalam kelas 
sanah khomisah, pada musim Fifa World Cup, datang seorang pelajar kepada kawannya.


Amer : “ weh Badah, malam ni ada match la”

Ubadah : “oo, siapa lawan?”


Amer : “Argentina lawan Germany, mesti best giler match malam ni, team aku lak tu”


Ubadah : “Bukan team ko sorang jer Amer, Argentina team aku jugak. Habis tu nak wat         camner?, bukan kita boleh tengok pun malam ni. Ko tau je lah tv sekolah, aerial season habis, confirm gambar tak clear, buat sakit mata jer tengok.”


Amer : “Camni, aku ada plan.. kita fly kedai astro”

Ubadah : “Ko nak 
fly?, ish., bahaya la. Kalau kantoi ko tau je la apa yang kita dapat, tak pasal² berbirat bawah pinggang nanti”

Amer : “Itu kalau kantoi, kalau tak ok jer kan?, aku rasa ok jer kot. Ala, bukan selalu pun kita 
fly. Kalau boleh memang aku tak nak terlepas match kali ni, sebab Germany boleh tahan jugak dia punya kuat”

Ubadah : “hmm..”


Amer : “Ala.. selamba jer, kita gerak sekali ok?, bukan selalu pun tengok 
match team kita, lagipun hari ni cuti kan?”

Ubadah : “Kalau camtu, ok la, aku 
follow, pukul berapa plan?”

Amer : “Ikut plan aku, lepas isya’ kita pergi belakang asrama, gerak guna basikal”

Ubadah : “Lepas isya’ terus? Tak boleh lambat sikit? Sebab budak² lalu-lalang lagi 
time tu kat luar asrama, risiko nak kantoi pun tinggi. Camna kalau kita kita gerak lambat sikit, dalam setengah jam lepas isya’, mungkin dalam pukul 9.15, ok?”

Amer : “Tapi 
match dah start sebelum isya’..”

Ubadah : “Isy.. ok la tu, daripada berisiko untuk kantoi, baik pergi lambat sikit, yang penting dapat tengok match..”


Amer : “Hmm.. kalau camtu ok la, kita gerak pukul 9.15”


Selepas menunaikan solat isya’, mereka berkumpul di belakang asrama, mencapai basikal masing² dan bergerak meredah jalan kampung, di mana kiri kanannya kebun getah dan belukar, gelap pekat malamnya tanpa cahaya bulan, sejuk yang menggigilkan tubuh, berbekalkan jaket dan lampu suluh, menuju ke kedai astro, dengan harapan menyaksikan team mereka, Argentina menang melawan Germany.

Dalam perjalanan pulang, selepas menyaksikan match tersebut. Amer mengeluh,

“Pergh, tension giler.. camna la team kita boleh kalah.. penalti pulak tu..”


Ubadah : “Betul tu, dah elok² seri 1-1, tetiba pulak kalah time penalti, ni mesti sebab salah coach dia, ada ke patut keluarkan player J.R. Riquelmé tengah match, macam confident jer nak menang, tak kan tak tau yang dia tu playmaker Argentina,.. aduss, apa la punya coach, bagus betul dia punya decision .. sia² aku fly..”


Diskusi mereka tentang kesimpulan perlawanan penuh dengan emosi, lantaran kekalahan pasukan yang diminati.


Beberapa hari selepas itu, Amer Hudhaifah datang kepada Ubadah.


“Badah, aku ada berita ‘best’ untuk ko, untuk kita..”


Ubadah : “Berita ‘best’?, apa yang bestnye berita tu?”


Amer : “Ingat tak hari tu kita ada fly pergi tengok match kat kedai astro kan?”


Ubadah : “Ye la, memang ingat, memang aku tak lupa Argentina kalah, tapi kenapa?”


Amer : “Sebenarnya kita dah kantoi.. kantoi fly.. kebetulan waktu on the way balik sekolah, ada pengawas yang nampak kita..”


“Alamak… “, perkataan itu terpacul dari mulut Ubadah sambil menunjukkan reaksi kecuakan..
. . . . . . . . . .


Sewaktu ijtima’ mingguan sekolah berakhir, Us. Toufiq Bedj Bedj al-Jaza-iri mengumumkan,

“Sebelum menutup majlis, saya ingin berjumpa dengan pelajar berikut selepas ijtima’, iaitu Amer Hudhaifah dan Ubadah. Kita tutup majlis dengan tasbih kaffarah dan surah al-‘Asr..”

Lalu mereka berdua berjumpa dengan Us. Toufiq seusai ijtima’. Us. Toufiq berkata,

“Ana hairan dengan antuma berdua, sanggup bermujahadah tengah² malam, dengan gelapnya, dengan sejuknya, semata² untuk tengok perlawanan bolasepak..”

Mereka berpandangan sesama sendiri sambil tersenyum kelat, ustaz menyambung lagi,

“Sudah bagus semangat kamu berdua di dalam bermujahadah, tapi kesilapan kamu berdua ialah tidak meletakkan mujahadah itu pada tempat yang sewajarnya, serta ber
ittifaq dalam perkara yang tidak sepatutnya kamu berittifaq, iaitu dalam melanggar peraturan sekolah. Jadi, kamu berdua akan dikenakan hukuman sebagai peringatan..”

Mereka berdebar menanti hukuman yang bakal menanti, sakitnya bukan kepalang, kerana menjadi kebiasaan di dalam pelaksanaan hukuman kepada pelajar, bahagian yang disebat ialah bahagian punggung.

“ Namun, oleh sebab sekarang ini musim 
world cup, dan ustaz faham kamu semua, memang minat sangat dengan match bola, maka sedikit keringanan akan diberikan dalam hukuman. Hulurkan kaki kamu berdua..”, tutur ustaz sambil tersenyum.

“Fuhh, lega.. nasib baik tak kena sebat kat punggung..”, monolog mereka berdua sambil menghulurkan kaki.

Zapp ! Zapp!, Zapp! Zapp!, setiap orang mendapat 2 sebatan di tapak kaki, walaupun diringankan hukuman, perit libasan tetap terasa.

“Aduii, boleh tahan jugak sakit.. nasib baik kaki… kalau punggung, huuu.. tak tahu la nak cakap..mesti pedih tahap dahsyat..”, rungut Ubadah.

“Betul tu, alhamdulillah ustaz ringankan hukuman hari ni.. nasib baik kita..kalau kantoi lain kali mesti kena kat punggung punya..taubat tak buat lagi..”, sambung Amer Hudhaifah sambil berlalu dari situ bersama Ubadah.

–tamat-


[ Imbauan ringkas yang berlaku pada tahun 2006. Juga masih segar dalam benak peristiwa malam final, yang menjadi salah satu sejarah terbesar g4.. (",)..]


sanah khomisah - tahun lima
match - perlawanan bola sepak
Fly - istilah yang diguna pakai untuk keluar tanpa izin dari sekolah
kedai astro - kedai makan yang menayangkan match bola
coach - jurulatih
playmaker - perancang permainan
ijtima' - perhimpunan pelajar
ittifaq - bersefahaman


Sedikit yang boleh dikongsi~

-Ramai orang sanggup melakukan apa sahaja kerana ukhuwwah mereka.. sama ada baik atau buruk, bergantung kepada dasar ukhuwwah itu sendiri.. atas sebab apa ia terbina..

-Bagaimana seseorang itu berpegang pada agama islamnya? Lihatlah pada temannya.. mafhum hadis baginda Rasulullah s.a.w mengatakan,

“Seseorang di dalam agama (pegangan terhadap islam) itu bergantung kepada temannya, maka lihatlah siapa yang menjadi temannya” [ Himpunan 40 Hadis Imam Nawawi ]

Bersefahaman dalam perkara yang tidak baik? Menghindarkannya adalah lebih baik.. maksud firman Allah s.w.t :

“Wahai orang2 yang beriman! Apabila kamu mengadakan perbicaraan rahsia, janganlah kamu membicarakan perbuatan dosa, permusuhan dan durhaka kepada Rasul. Tetapi bicarakanlah tentang perbuatan kebajikan dan takwa. Dan bertakwalah kepada Allah yang kepada-Nya kamu akan dikumpulkan kembali” [al-Mujadilah 58 : 9]

-Bermujahadah dalam melawan nafsu dan melakukan amal soleh, bukan mujahadah mengikut nafsu dan mengurangkan amal soleh..

- Tinggalkanlah perkara yang sia2, sibukkan diri dengan perkara yang berguna, itulah yang terbaik bagi seseorang muslim.. daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah bersabda,

“Di antara (tanda) kebaikan keislaman seseorang adalah ia meninggalkan perkara yang tak berguna(sia-sia) baginya” [ Himpunan 40 Hadis Imam Nawawi ]

Lakukanlah apa sahaja yang ingin kita lakukan, buatlah apa sahaja yang ingin kita buat, tapi INGAT, setiap perbuatan ada ganjarannya, ada balasannya..


wallahu a'lam..

No comments: